Sunday, August 6, 2023

Happy 1st Anniversary, husbaby 🫢

Alhamdulillah, 
Terima kasih untuk setahun ni πŸ₯° setahun sudah jadi isteri Ahmad Aizat. yeayy

Abang, sama macam sebelum ni cinta and sayang saya untuk abang xpernah kurang pun. 
Makin sayang ada lah, tiap second jatuh cinta dgn suami sendiri.

Abang, terima kasih sebab rajin layan saya yang banyak karenah. Saya harap abang xkan bosan and penat layan saya sampai bila2 okie..
Terima kasih untuk kasih sayang abang utk saya. Terima kasih sangat. Moga ikatan cinta kita ni diberkatiNya sentiasa insyaaAllah. (Doakan kami ye korang)

Lastly, nahh belanja gambar dengan Syurga saya.



Isteri abang,

Thursday, July 27, 2023

HAPPY BIRTHDAY HUSBABY

Haluuu semuanya,


I’m back only for my husband, Ahmad Aizat.

Dear abang,
Happiest birthday to you. Thank you for your love and care. Saya nak abang tahu, saya sayang abang sangat2.






Doa saya;

Moga suami saya sentiasa diberkatiNya, diberi kesihatan yang berpanjangan,
diberi rezeki yang melimpah-limpah, berada di samping saya sentiasa, 
cinta and sayang saya sentiasa.


Happy birthday. I love you so much ❤️

Your sayang,

Monday, September 19, 2022

Officially Mrs. Aizat πŸ˜œπŸ’—

Haluu gaisss :)


Kenalkan the most lovely husband in the world, my husbaby, Aizat πŸ‘¨ 


Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2022 haritu seketul Farahin sah menjadi seorang isteri kepada satu-satunya lelaki yang dia cinta, first and forever love diaπŸ˜ŠπŸ’“ Hai suami saya, thank you sebab pilih saya untuk masuk dalam hidup abang. Yup, sebulan lebih dah kita as husband and wife. And saya happy sangat ada dekat dengan abang dah sekarang. Takyah dah nak kena keluar dating tiap minggu, sebab tiap hari boleh dating kat rumah dah sekarang 😜

Sepanjang sebulan lebih ni, makin banyak eh perangai seketul Farahin ni. Kuat sakit, kuat nangis, mengada extra, asyik nak manja-manja je. Abang, harap bersabar ehhh dengan wife abang ni. Sejak kahwin ni tak tahu kenapa manja dia makin menjadi-jadi, kerja nak terasa, nak nangis je. πŸ˜† Padahal tahu benda tu tak perlu pun nak terasa bagai hahaha. Sebab sayang abang sangat mungkin, tu yang jadi macam ni tu. Sayang love you so much tau, abang! πŸ’—πŸ˜˜ And abang, please jangan pernah penat untuk sayang and cinta saya sampai bila-bila :')


Ok dah2 tutup citer luahan perasaan buat si suami terchintaaa...



Buat semua yang menjayakan segala majlis kami (terutamanya kedua-dua belah family kami and sahabat-sahabat kami) start dari ijab qabul sampai lah ke majlis sebelah suami saya, terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah semuanya lancar je, tanpa korang semua majlis mungkin tak selancar ni. Terima kasih! Doakan kami bahagia sentiasa bersama ok πŸ’“


And lastly buat arwah papa and arwah abang,
Pa abe, achik dah ada suami. Achik bahagia, bahagia sangat (Achik harap papa abe happy sama tahu achik happy). Finally anak papa yang paling kental ni dah jadi bini orang. Haritu achik ada bawak dia ziarah papa, abe and mok. Time tu serious achik control macho je takmo nangis hahaha. Ye la kalau achik nangis nanti umi pun nangis. Seronok kan if papa and abe ada sama time achik kahwin tu. Tapi takpelah cukup sentiasa ada kat hati ni pun dah ok. Doa achik sentiasa buat papa and abe πŸ’— And doakan achik and Aizat jugak tau dari sana. InsyaaAllah ada rezeki achik ajak menantu papa ni pergi ziarah papa and abe lagi nanti. Achik rindu papa and abe sangat-sangat 😒


Wednesday, February 9, 2022

Farahin πŸ’— Aizat : EDay

5th February 2022
 

Yayyy dah jadi tunang orangg πŸ˜πŸ’˜



 

 

 


To my family and family in law to be (lain macam bunyi kan HAHAHA), terima kasih untuk restu and kasih sayang kalian. Happy bila tengok family semua gigih siapkan majlis pertunangan kami. Nampak sangat la semua sayang saya πŸ˜‹ Heee thank you πŸ’— Doakan semoga semua urusan seketul Farahin dan Aizat dipermudahkan, bahagia and saling sayang selamanya ok.


 

And to my bestfriends, my very good friends; thank you semuanya. Thank you sebab ada bersama dengan oghe since the day oghe menyampah gila dengan Aizat ni sampailah dah sayang macam ni πŸ˜…πŸ˜‚ Kalau awak nak tahu sayang, mereka ni lah antara penyebab saya accept awak as boyfriend saya dulu πŸ™ŠπŸ™ˆπŸ™Š Kalau tak sampai kesudah saya tak tahu saya sayang awak tau. HAHAHA cepat terima kasih kat diorang!!





Sayanggg, thank you untuk moment ni.πŸ˜­πŸ’• Thanks sebab bawak family awak jumpa family saya. Thanks sebab sanggup jadikan budak comot ni sebagai tunang awak. Thanks sebab sanggup buat apa saja untuk kita. Thanks sebab buat saya rindu, and jatuh cinta dekat awak tiap masa. I love you so much, Encik Tunang!πŸ˜˜πŸ’— Eiii, tengah happy ni tahu tak? Finally kan, tak sangka dah jadi tunangan orang sekarang. Dah lah bertunang dengan lelaki yang ntah siapa-siapa duk sibuk hari-hari dm wish "good morning", tanya "dah makan ke belum" dekat ig dulu. 😝 Dulu je tak suka, sekarang awak dm saya macam ni tiap saat pun saya nakk.πŸ˜†Dari menyampah (bukan benci ok menyampah je), jadi sayang. Sebab tu la orang dulu-dulu kata, jangan tak suka sangat nanti jatuh cinta. Buat saya jatuh cinta dengan awak always ok, sayang.


Sekian saja appreciate post daripada si comot tapi cumil yang tengah in love dengan encik tunangnya sendiri. πŸ˜‹πŸ’—


Tunang Encik Aizat yang cumill,

Wednesday, January 5, 2022

saja nak borak

Haloo gaiss. Dah lama kan tak mengadu, story mory kat sini. 

Yes, sekarang memang waktu kerja but still saya nak mengular, saya just need time untuk saya kurangkan sedih ni. I don't know why tapi saya rasa macam tak kenal diri sendirir. Kuat nangis, pendiam, tak ceria, tak mesra, balik kerja berkurung dalam bilik je. Farahin yang saya kenal is someone yang sangat la banyak mulut ceria, pemurah dengan senyuman je. Hmm tengah rindu diri sendiri ni macam mana.😒

Lately ni, saya macam banyak sangat fikir. Ntah apa yang difikir pun tak tahu. Lately ni jugak banyak perkara yang mengejutkan berlaku dalam diri saya, family saya. And lately ni jugak la saya macam senang gila nak terasa dengan semorangg. Even budak umur 7tahun pun saya boleh terasa. But saya rasa dengan budak kecik ni memang patut terasa pun. Marah pun boleh. Nak penyet-penyet pun boleh. Heee, biadab ngattt dokpun. And now, saya rasa rindu sangat-sangat dekat family saya, kawan-kawan saya and dekat awak also, sayang.

Kalau dulu tiap kali saya rasa nak nangis or stress or whatsoever je saya akan cari kawan-kawan saya. Saya story mory, peluk diorang then saya ok. Tak pun if saya rasa stress je saya akan balik rumah gelak-gelak dengan family, main dengan anak buah then saya ok. But sekarang, saya tengah rasa down gila, rasa nak nangis (eh tak, dah nangis dah pun), rasa serabut sangat but saya takleh nak jumpa family saya sebab jauh, yang dekat pulak tengah quarantine. Saya takleh jugak nak jumpa kawan-kawan saya untuk dapatkan semangat dari diorang sebab jauh also.😭 Yang saya dapat sekarang ni just buat luahan dekat diari digital saya ni. The one yang sangat setia dari zaman sekolah sampai lah sekarang dengar luahan hati saya. 

Readers, saya nak mintak dari koranggg, please doakan saya sentiasa kuat, happy and sihat untuk diri saya sendiri, family saya and semua orang kat sekeliling saya. Saya jugak nak mintak korang doakan kesihatan family saya. Terima kasih. Doa saya buat kalian semua also. 

Ok, I feel better lepas taip ni. Thank you! Selamat tahun baru and bye.

,

Friday, October 29, 2021

24th October 2021

Hi semuanyaaa


Share sebab saya rasa excited nak kongsi. HAHAHA apoo lain macam ye kamu punya excited cik Nur Farahin. Tapi before that, sorry if saya ter over pulak dalam post kalini. Saya share sebab saya rasa date ni penting and agar sayang saya and saya boleh ingat this date forever ok πŸ˜‰








24th OCTOBER 2021
Sunday

For the first time dalam hidup saya, ada lelaki bawa saya jumpa family dia. Awak tahu tak sayang, saya was shoo excited masa nak jumpa mama haritu. Tapi lagi bertambah-tambah saya appreciate, excited and happy bila bukan mama je yang ada, but almost semua family awak datang. Pastu nak balik mama siap bekalkan saya kek lagi. Macam tahu-tahu je saya suka kek. Thank you sayang. Thank you sebab sudi kenalkan saya dekat family awak. Thank you sebab awak tak malu pun untuk tunjuk sayang awak yang comot ni dekat family 😝. I hope perjumpaan tu was a good start for us untuk ke next step. Kadang saya rasa saya ni too young for this. Tapi dalam masa yang sama, saya rasa tak sabar, excited, happy to be with you as husband and wife ( HAHAHA sejak bila kamu jadi gedik macam ni ye Farahin. Tiber laki bini pulakk. Malu tapi mahu sangattπŸ˜‚). HAHAHA apa-apa pun moga semuanya dipermudahkan. InsyaaAllah aminn. 


Thank you for everything. I love you so much, sayang. Nanti kita jumpa umi pulak ok. Saya sayang cinta awak sangat-sangat, boyfriend saya.πŸ’—πŸ˜˜ 


p/s: Hi my dear lovely readers, do pray for our happiness too okayy. Macehhh! Sayang kamu semua also.



Terpaling gedik harini,


Wednesday, September 29, 2021

bb girls saya πŸ’—

Hi bb girls I yang syantikkk πŸ’—



Firstly, I nak share pasal staycation kita. Sebab I dah geram gila nak share gambar staycation kita dekat Ig, twitter, FB tapi belum waktunya untuk share. So terima lah gambar-gambar ni semua di blog.😜 Thank you darlings untuk masa kalian. Seronok sangat dapat spent time dgn kamu semua walaupun kena ponteng kerja, penat yang amat. Yela, nanti mungkin kita dah susah nak kumpul cukup 3 orang macam ni. Ada orang tu nak kena mintak izin suami dia la, apa lah. Tapi apa kami kesah, kalau nak jumpa kami sanggup culik kamu. HAHAHA tiberr. Tapi kann berani pulak suami kamu tak izinkan kita jumpa-jumpa.πŸ˜…πŸ˜†

 



Awww, nginduuu kalian sudah. Hope semuanya baik-baik sahaja. And moga kita dipertemukan kembali ye. Nak pakai baju belang-belang tu pulakk sesama. So ayuh set for our next date!



Okay now I nak jawab persoalan para teman di UniMAP yang pelik tengok kitorang rapat. HAHAHA I know semorangg yang tengok status I, Syapizaa mahupun Shazana ni mesti pelik and tertanya-tanya since when kami ni rapat. 

Okayy gaisss here we goooooo! First at all, I just nak cakap yang kami memang rapat dari dulu lagi tapi saja je takmo show off je 😝. Time belajar dekat UniMAP dulu kami mana nak berkepit macam sekarang ni. Masing-masing ada life sendiri kan time tu. πŸ˜‚ Fyi;
1. Syapizaa tu dulu roommate I, roommate yang paling rapat, paling suka cari gaduh dengan I zaman belajar dulu.Time kat rumah Bumita dulu, bangun pagi, nak tidur, nak makan, nak study mesti dengan dia la. Gaduh-gaduh manja pun dengan dia jugakk tau. Dialah 'boyfriend jadian' I. πŸ˜› 
2. Kalau Shazana pulak, I memang dah rapat dari first year degree lagi. Dari hias khemah lagi kami rapat tauuu. Tapi one day tu datanglah seorang 'perempuan aneh' yang cuba untuk gaduhkan kitorang. That day I rasa something wrong somewhere sebab dia bukan siapa-siapa. Bukan classmate mahupun budak fakulti kitorang. Tapi I perasan dia suka sangat attact classmates I and buat semorangg gaduh. So I pun decide lah untuk jauhkan diri dari Shazana ni for a while ( And yeahhh, now we're back together). Bukan gaduh but I sayang relationship I dengan Shazana, I taknak dia ganggu my bb ni. 

Syapizaa and Shazana, Saya nak kalian tahu yang saya sayang kalian sangat-sangat tau.πŸ˜˜πŸ’— Saya harap relationship kita ni sampai bila-bila and makin erat. Moga bb Shazana saya ni bahagia bersama suami terchintaa and dapat junior yg cumil-cumil. And for bb Syapizaa saya pulak, cepat-cepat kahwin dgn Danish. Saya tunggu kad jemputan awak. Yang paling penting saya nak jadi flower girl awak tauuu!


Love,