Sunday, June 13, 2021

Lockdown sambung, OK ke tu?

Hi πŸ’—

Apa khabar semua nya? Semua okay ke tu? Ke sama mental breakdown macam I? πŸ˜†Eh jangan. Hope semua okay je. 

Saja la nak story ni πŸ™Š Korang tahu tak, sejak umum lockdown sambung ni I macam extra manja, extra sensitif, extra mengada. Sampai tahap dengar lagu nangis, baca tweet nangis, tengok gambar nangis, and paling lawak video call pun boleh nangis. Padahal takde orang marah pun. Contohnya macam pagi tadi la masa video call dengan kesayangan-kesayangan I. I boleh pulak nangis kaw-kaw lepas letak je video call. HAHAHA.  Actually takde apa pun. Masa video call tadi diorang just tanya khabar I je pun. Tapi I don't know why I boleh beria nangis macam baru lepas kena marah. Macam tengok filem sedih pun ada jugak. HAHAHA


I rasa la, I rasa I nangis tadi sebab ramai pulak care tanya condition I. Rasa disayangi pulak. Eh tiberr. 😜 HAHAHA takdelah, actually I jadi cengeng ni sejak semalam lagi. Ntah I also tak tahu apa punca dia. Maybe stress lama sangat duduk dalam rumah kot. Hmm Farahin Farahin, why complicated sangat hidup kamu ni? Serba tak kena ye lately ni.



P/s: I hope korang semua baik-baik saja, dipermudahkan segala urusan, and happy as always okayy. And yang paling penting always take care and stay safe tau korangggg. 😘 Kbye done luahan perasaan untuk harini, I nak p sambung cari motivasi hidup ni. Penat la nangis harini, HAHAHA doakan I tak manja macam ni lagi okay. Bye!


Seorang insan yang lemah,

Friday, June 4, 2021

The early birthday wish for myself πŸ˜‚

Hi semorangggg :)




It is June and me is shooo excited untuk harungi my birthday month ni.πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š This month must be more fun and more beautiful kann? Hmm papepun, moga anak Paksu Kamil and Teacher Ruhana ni menjadi seorang insan yang makin bijak dan makin matang dalam handle sesuatu problem. Moga diriku ini sentiasa berusaha untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan berguna terhadap diri sendiri dan orang lain. InshaaAllah. Aminn. 😊 And my wish for my upcoming birthday is moga bumi Malaysia cepat sembuh dari wabak covid ni, so that I can balik kampung jumpa umi, ziarah arwah papa and arwah abe also. 



Yang paling sweet 😜,



Sunday, May 23, 2021

Surat cinta untuk sayang saya

Hi awak πŸ’—, 


This post is very special for you sebab saya malu nak cakap depan-depan. Heeeee awak kan tahu girlfriend awak ni pemalu orangnya... tiberrr pemalu la sangat kann hahahaπŸ™Š Ok saya saja-saja je post kat sini as kenangan, boleh la kannn? Saya tahu cepat or lambat awak akan baca juga post saya ni kann? Yela awak kata awak rajin baca apa yang saya post. Hahaha macehhh





Sayanggg, saya just nak cakap thank you kat awak. Thank you so much sebab berusaha untuk dapatkan saya πŸ™ˆ Kalau awak tak usaha maybe kita takkan macam ni. Ohya, thanks to our friends too sebab kenalkan kita. Tanpa mereka saya takkan jumpa awak kann? 

Awak, thanks also sebab sanggup tunggu jawapan daripada saya untuk hubungan kita ni. And sorry for the late answer, sorry buat taktau, buat tak faham haritu sebab saya takut actually. Yup, takut sangat sebab saya taknak satu hubungan yang sia-sia. Sebab saya takut I am not the one for you and you are not even for me πŸ˜” But, bila saya dapat nampak the way you show your efforts in approaching and proposing me tu I change my mind that "NO WAY, YOU SHOULD BE MINE. YOU ARE NOT FOR OTHERS". Hahaha. Pelik kann, saya ni actually jenis orang yang susah sangat nak serious dengan mana-mana laki macam ni. But saya rasa macam quite easy pula saya nak accept awak haritu walaupun a few days baru gitau the answer. πŸ˜…

Sayang, thanks tauuu sebab sayang saya. You know what, Saya sangat lucky and happy sebab kenal awak walaupun permulaan kita agak awkward, and jujur saya cakap saya rasa awak annoyying gila masa first-first kita kenal dulu. Hahaha sorry babe sebab terlebih jujur. But lama-lama saya rasa awak ni sangatlah sweet, caring, and romantik yang amat tauu. Hmm macam mana tak jatuh cinta kalau hari-hari sweet. Awak tahu tak, kalau sehari tak dapat text, call or vc dari awak saya rasa pelik, hmm rasa rinduu πŸ™ˆ Eiii apa awak buat kat saya ni sampai boleh angau macam ni. Awak bomoh saya ke apa ni?Tak pernah tau saya rasa macam ni. Hahaha. Sayang, saya harap awak betul-betul serious dengan setiap kata cinta, sayang yang awak luah dekat saya because I am. 😘 Sentiasa sabar dengan perangai saya tau sebab saya tahu saya ni seorang gegirl yang degil, mengada, manja melampau and more bad things yang ada dekat saya. Saya harap awak tak pernah give up untuk relationship kita ni. Jom usaha sama-sama for better okayy.

Macam saya taip in my last post, saya nak awak tahu yang saya sangat take serious kalau pasal relationship ni. Saya hanya nak sorang je jadi boyfriend, fiance mahupun husband saya sampai bila-bila and I hope you are the only one for me. Nanti dah ready, jumpa umi saya pula ok πŸ˜œπŸ’— Hmm awak try la pikat hati dia pula. 


p/s: Btw sayang, saya saja la nak gitau awak yang girlfriend awak ni quite famous tau tapi awak lelaki pertama yang girlfriend awak ni tak reject tau. 😜 Nampak tak how special you are for me. Hikkks, kbye love you πŸ’•



Your clingy one,

Sunday, January 24, 2021

MY FIRST 2021 POST

HI 😊 




I rasa masih belum terlambat untuk I wish HAPPY NEW YEAR since this post is still in January walaupun end of January hahaha. Hmm HI, HAPPY NEW YEAR Uolllsss! Hikks πŸ˜† So, what do you expect and dream for 2021? Me, I wish I can continue my study, become a better person dari segi akhlak, ilmu and everything. And I hope the world akan pulih dari virus-virus ni semua. InshaaAllah moga Allah SWT permudahkan urusan kita semua kan. Ameen.

Btw gaiss, a few weeks ni I banyak fikir on how to gain some side moneys so that I can make saving to further my study. What do you think? Should I do dropship ke apa ke? If korang ada idea boleh lah tanpa segan silu comment below or just dm me personally (for those yang ada ig/fb/twitter/whatsapp I) coz the idea may help me a lot πŸ˜…. Please share any of your beautiful and marvelous idea with me. Thank you.

And I ada one good new which is I dah dapat offer kerja. The company may not be a big company but I hope it is much better compared to Bestari. InshaaAllah if ada rezeki and jodoh I dengan that company, I will start the job on February. InshaaAllah 😊 Doakan la, sekarang ni I taknak letak harapan apa-apa lagi selagi I belum jejak kaki dekat sana as a staff walaupun they already gave me an offer. Ye la, time-time pandemik ni anything can happen kan. Doakan gaiss. 

Okay, another good info is I will get another abang ipar soon (This February InshaaAllah). We are happy and grateful since Allah SWT hadirkan more men and boys in our family selepas perginya arwah papa and arwah abe. Yes, these two heroes memang takleh diganti but atleast we have some yang boleh protect and love us. Alhamdulillah. Doakan urusan Atoq (my sister, well everyone in our family panggil dia Atoq πŸ˜‚) dipermudahkan and everything berjalan dengan lancar. New year with new family member. InshaaAllah. Awww I am so happy for her sebab I dengan kakak I yang sorang ni dah macam kembar tau. 

In a nutshell, for me, I think the begin of my 2021 is quite good and I am so excited to going through all the 2021 journey. Hopefully, more good things may happen to me and my family. InshaaAllah, hoping yours are going well too. All the best, take care and stay healthy everyone.



The little girl that may not a little one anymore,

Sunday, December 20, 2020

The end of 2020

HI πŸ’—

Yes, this post is a goodbye post for 2020. Dear 2020, thank you for all the adventures moments that make me more stronger than before. Maybe 2020 is not a good year for me, but I tetap appreciate every moment that I spent. Thank you for bringing all the amazing peoples by my sides during my up and down. Tak kisah la awak old friend ke new friend saya, thanks for helping me in handling this tortuous year. 

photo taken by umi 


Lagi berapa hari nak 2021,lagi berapa hari nak 25 tahun (eh tak bulan 6 baru cukup 25 😜). Macam tak percaya seketul Nur Farahin yang manja, anak umi papa ni dah besar, tahun depan dah separuh 20-an πŸ˜‚ Moga tahun baru ni menjadi seorang insan solehah yang jauh lebih baik dari tahun ni. Moga tahun 2021 yang bakal tiba ni, Nur Farahin akan mendapat pelbagai surprise yang mampu memberi masa depan yang lebih indah. InshaaAllah. And moga Nur Farahin akan lebih kuat, sentiasa ceria dan tak pernah putus asa dalam mengejar cita-cita. All the best dear self, everything may be okay! 


Farahin yang kuat,

Thursday, November 19, 2020

Note for Self


HI awak πŸ’— Yes awak my dearself. 


Dear Farahin,
I'm so proud of you, no matter what you've been through or how you've been threated, you still have a heart of gold and endless love to give. One thing that no one can ever take you. πŸ’— No matter how people trying to get you down, you're always being your own self, the one that always wake up and never give up!  Love you dearself, Nur Farahin binti Mohd Kamil. Thank you for being together in a great way since 26 June 1996.



A proud little girl,


Monday, October 5, 2020

An Appreciate Post


Based on tajuk and gambar dah tahu la kan appreciate post ni untuk siapa kann πŸ˜‚ HAHAHA here is my appreciate post as ex-Bestari-staff. πŸ˜†


First at all, HI everyone.Thank you for helping me to be a braver, stronger and independent lady. Eh yeke lady, macam budak kecil ada lah perangai HAHAHAπŸ˜‚


Arumi, thank you sebab always tolong aku walaupun hari hari cari gaduh dengan aku, buat aku nangis kat site la apa la but seriously aku enjoyed kerja bawah kau. Walaupun kadang kau gila, bagi aku, aku kau tetap boss, kawan and abang yang baik. Serious, kau banyak gila bantu aku since the first day aku jejak kaki kat Bestari as a staff. Thank you, Mi. Banyak jasa kau yang aku tak mampu nak balas. Still remember the last day aku kat Bestari, kau hampir buat aku nangis depan kau tau. Yela, cara kau say good bye tu 😭 kau punya nasihat, kau punya "jangan marah-marah lagi"πŸ˜‚, dengan cara kau usap kepala aku macam aku ni budak kecil πŸ˜…πŸ˜‚ Aku akan rindu kau. Yeye aku tahu kau akan cakap kau suami orang. HAHAHA. Btw Mi, aku doakan the best untuk masa depan kau. Always gila, sweet, and caring. Moga kau bahagia di dunia and akhirat bersama Kak Dini, Adam and adik-adik Adam 😜


Hazim, the one yang banyak tolong aku lepas perginya Farah 😊 Btw HI Zim. Thanks selalu teman aku OT, teman aku makan (dinner partner aku ni). HAHAHA weiii, aku akan rindu kau seriously. HAHAHA. Thank you banyak tolong aku settlekan job kita kat Tanjung Malim, tolong aku modify barang-barang kat sana. Thanks sebab always layan perangai gila, mengada aku. Eh jap thanks juga sanggup dengar aku marah-marah maki budak-budak production πŸ˜‚ Yang paling penting terima kasih sebab jadi driver aku 😜


Zaid, abang-abang dari zaman Universiti ke alam pekerjaan. HAHAHA. Zaiddddd, weii thank you sebab ada dengan aku, backup aku pergi trials, modify assemble barang, tahan maki semua la. Walaupun kau kuat bebel, aku tahu bebel kau tu as nasihat member to member πŸ’—πŸ˜Š Thank you, weiii.


Farah, aku takde gambar proper kau sorang mahupun berdua dengan aku πŸ˜‚ Farah, thank you jadi roommates aku for a few days. Thanks support aku untuk job X50 ni. Kau kawan aku yang sangat baik. Seriously aku sayang kau. Kau sentiasa ada tanya khabar aku walaupun kau dah keluar Bestari πŸ’— Dah keluar Bestari pun still tolong aku cari kerja lain. Thanks tau sentiasa hiburkan aku dengan perangai kau yang comel tu. Aku rindu and sentiasa sayang kau. Nanti pergi sana, aku roger kau kita jumpa-jumpa okay.

Aiman, thanks jadi boss yang baik untuk aku dan kawan-kawan yang lain walaupun sekejap je😜 Thank you sebab banyak bebel kat aku pasal kerja, buli aku siapkan kerja balik sampai pukul 4 pagi. HAHAHA. Thanks sebab kau sentiasa hiburkan aku dengan lawak kartun kau tu πŸ˜‚ Thank you sebab jadi kawan yang baik jugak. Aku doakan kau cepat dipertemukan jodoh, berjaya di dunia and akhirat tau, Man.

Hafiz and Zul, thanks sebab struggle sama-sama dengan aku time awal project ni. Thanks sebab banyak bantu aku buat drawing apa semua. Thanks sebab sanggup berkawan dengan aku.


HI Fikri. Thank you sebab jadi teammate, kawan and abang yang baik buat aku sepanjang aku kerja kat Bestari. Thanks sebab always support kerja aku. Thanks sebab sentiasa kasi kata-kata semangat, nasihat kat aku time aku rasa down gila. Aku pasti akan rindu abang aku yang ni.



Arip, HI. Ni sorang abang aku yang pasti aku akan rindu punya. Thanks tau sebab sentiasa ada dengan aku kat tanjung malim. Thanks sebab sentiasa care jaga aku daripada manusia manusia miang kat sana. Thanks sebab selalu pujuk, kasi nasihat, semangat tiap kali aku nangis stress kerja. Kau memang abang yang baik. Moga berjaya kat luar sana, Arip πŸ’—πŸ˜Š


Hong, thanks tau banyak bantu I kat Tanjung Malim. Thanks sebab sentiasa sweet ambil I kat car park bawak masuk dalam sampai ke Cabin πŸ˜‚ Thanks kadang bantu I settlekan kerja I kat sana. 



Paan, the one yang budak-budak perempuan Bestari takut πŸ˜‚ Korangggg, Paan is such a good man la. Dia kawan and abang yang baik bagi aku. Dia sweet kot. HAHAHA. Okaylah Paan memang kuat bebel tapi aku suka dengan kau bebel tau. Aku rasa macam bertambah ilmu tiap kali dengar kau bebel. Banyak good points πŸ˜…πŸ˜† Paan, thanks tau sebab sentiasa kasi tips kehidupan kat aku. Thanks sebab sebab teman aku makan, berbuka apa semua tau. Aku doakan kau cepat cepat kawin dengan gadis Machang tu πŸ’— Tapi jangan lupa jemput aku pulak HAHAHA. All the best brotha kat luar sana. Entah lah aku pun tak tahu kenapa tapi aku rasa bangga gila dapat kawan macam kau. 😁


Hi Thaarish. Like seriously, aku selesa sangat berkawan dengan kau. Kau dah macam abang kandung aku tau. Sentiasa care, sweet, menghiburkan and baik. Thank you sebab sudi jadi kawan aku. Nanti aku pergi sana kita jumpa okay.. Aku akan rindu kau.



Rauf. Kau ni is a gentle and funny abang. Walaupun aku takdelah rapat sangat dengan kau but dekat-dekat nak berhenti haritu aku dapat rasa kau seorang kawan yang sangat baik. Thanks sebab jadi kawan aku walaupun dalam masa yang singkat.


Bestari ladies, thanks for being such a good officemates to me πŸ’— Ayuuu, my lovely kakak. The one yang sentiasa care and sweet kat adik dia yang sorang ni. I love you and miss you so much, yu. Fatin, my gossip partner sama dengan Ayu. Masuk ofis pagi-pagi gossip dulu kat meja Ayu πŸ˜‚ Aww rindu nya kakak kita ni. Kak Izah, Liza and Malar, these three ladies banyak sangat bantu aku kat Bestari. Thank you so much, my ladies.

Thanks also untuk semua yang appreciate, hormat and bantu aku kat Bestari. Jasa korang takkan aku lupakan. Like seriously, without any lie, I love my works and experiences here πŸ’• tapi tu la aku dah totally benci dengan management kat sini. I hate the way they (bosses) react on my works. I can't see that they appreciate my works even clients appreciate and love my works more. Tapi still kat sini I can see and experience the sweet things. FRIENDSHIPS. Yes, I really love the friendships here. Kat sini aku dapat abang. Pergi sorang abang, tapi Allah SWT hadirkan ramai abang untuk aku kat sini πŸ’—Thank you for being such a good brothaa to me, everyone (you know who you are). Thank you for always taking a good care of me, being there when I felt so down, motivated me when I felt I'm nothing and calmed me when I'm cried, stressed doing the things that they not even appreciate. 



To whom that I concern to, 
THANK YOU! Gonna miss all of you. Love ya!



Princess of the project team,