Kenalkan the most lovely husband in the world, my husbaby, Aizat π¨
Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2022 haritu seketul Farahin sah menjadi seorang isteri kepada satu-satunya lelaki yang dia cinta, first and forever love diaππ Hai suami saya, thank you sebab pilih saya untuk masuk dalam hidup abang. Yup, sebulan lebih dah kita as husband and wife. And saya happy sangat ada dekat dengan abang dah sekarang. Takyah dah nak kena keluar dating tiap minggu, sebab tiap hari boleh dating kat rumah dah sekarang π
Sepanjang sebulan lebih ni, makin banyak eh perangai seketul Farahin ni. Kuat sakit, kuat nangis, mengada extra, asyik nak manja-manja je. Abang, harap bersabar ehhh dengan wife abang ni. Sejak kahwin ni tak tahu kenapa manja dia makin menjadi-jadi, kerja nak terasa, nak nangis je. π Padahal tahu benda tu tak perlu pun nak terasa bagai hahaha. Sebab sayang abang sangat mungkin, tu yang jadi macam ni tu. Sayang love you so much tau, abang! ππ And abang, please jangan pernah penat untuk sayang and cinta saya sampai bila-bila :')
Ok dah2 tutup citer luahan perasaan buat si suami terchintaaa...
Buat semua yang menjayakan segala majlis kami (terutamanya kedua-dua belah family kami and sahabat-sahabat kami) start dari ijab qabul sampai lah ke majlis sebelah suami saya, terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah semuanya lancar je, tanpa korang semua majlis mungkin tak selancar ni. Terima kasih! Doakan kami bahagia sentiasa bersama ok π
And lastly buat arwah papa and arwah abang,
Pa abe, achik dah ada suami. Achik bahagia, bahagia sangat (Achik harap papa abe happy sama tahu achik happy). Finally anak papa yang paling kental ni dah jadi bini orang. Haritu achik ada bawak dia ziarah papa, abe and mok. Time tu serious achik control macho je takmo nangis hahaha. Ye la kalau achik nangis nanti umi pun nangis. Seronok kan if papa and abe ada sama time achik kahwin tu. Tapi takpelah cukup sentiasa ada kat hati ni pun dah ok. Doa achik sentiasa buat papa and abe π And doakan achik and Aizat jugak tau dari sana. InsyaaAllah ada rezeki achik ajak menantu papa ni pergi ziarah papa and abe lagi nanti. Achik rindu papa and abe sangat-sangat π’