BILA JARIKU BERGERAK
Saturday, November 16, 2024
Saturday, September 7, 2024
Miscarriage π€°π
Hi semua ❤️
Alhamdulillah after two years of marriage, me and my husband dapat berita I pregnant.
It was last month, August 2024. But kami hanya dapat rasa the happiness tu sekejap je. π₯Ί
Let me share the journey here as a memory. I am so proud and lucky sebab dapat rasa pregnancy journey tu even sekejap.
So… let’s go.
9/8/2024 : I was so clingy and emotional. Kerja nak berkepit dengan my husband je. Kalau boleh nak peluk dia 24/7. That night, my husband ask me to hantar dia pergi kerja since I nangis je (Jgn judge sbb ni cara dia pikir untuk I tak rasa lonely, lagipun by the time I balik I akan tidur and esok pagi2 bangun jemput dia).
10/8/2024 : Nak jadikan cerita, pagitu xtahu kenapa yg I macam saja2 je buat UPT before jemput husband. And positive π₯Ή but xnak letak harapan since I pernah false pregnancy last year. So pergi jemput husband as usual. Masa dia tengah berperang dengan game, I told him about the result and he said kita tunggu period, jangan pikir macam2.
11/8/2024 : I dah start rasa morning sickness but just buat bodoh since I senang sakit lepas kahwin ni.
12/8/2024 : Pergi kerja macam biasa, and that time my morning sickness dah teruk (even xconfirm pun lagi pregnant). Muka xyah cakap. The whole 2 weeks muka pucat macam zombie. π§♀️ Waktu lunch tu dah tak larat sangat2, so pergi la nearest clinic. So my BP result was low and I kena drip water untuk kasi tenaga. Terpaksa la mc that time.
14/8/2024 : Masuk kerja sebab nak submit urgent job on that day juga. Tapi balik je dari kerja tidur sampai ke pagi sbb xlarat sangat2.
15/8/2024 : Pagi tu xleh nak bangun dari katil sebab berat sangat kepala, so mc lagi. Then tengahari tu pergi klinik and buat scan and UPT again. Positive but xde womb lg. (Doctor cakap still early)
29/8/2024 : Repeat scan untuk tengok jantung bb and nak check if betul ke I pregnant dalam rahim. scan perut xnampak, then buat scan dari bawah. But still xnampak womb.Again doctor cakap sbb awal sgt ni. So dia kata jumpa lg 2 minggu for scan. At that time my husband sampai tanya Doctor betulkan I pregnant. And the doctor ye confirm.
3/9/2024 : I dah start rasa kurang symptom pregnancy tu. Dah tak mual, dah xde breast tender. But sakit pinggang teruk gila time kat office.
4/9/2024 : Masuk office and macam biasa breakfast dulu before kerja. Tengah borak2 dengan Syuk and Firdaus tiber ada rasa something mengalir. Then masuk toilet check, bleeding. Call husband nak kena buat apa sbb xleh fikir. Dia ajak pergi klinik. Pergi klinik, doctor dah risau sebab still xnampak womb. Dia risau takut pregnant luar rahim. Then she gave reference letter to hospital. Check dekat hospital, I am no longer pregnant.
That’s all about my short pregnancy journey. Ralat plus sedih sebab I tak sempat pun tengok anak kami (not even womb). Tahu2 dah takde. For those yang baca doakan my husband and I diberi ketabahan and zuriat yang comel, soleh solehah dan bijak pandai. Amin Ya Rabbal Alamin.❤️ Thank you.
Aizat’s wife
Sunday, August 6, 2023
Happy 1st Anniversary, husbaby π«Ά
Alhamdulillah,
Terima kasih untuk setahun ni π₯° setahun sudah jadi isteri Ahmad Aizat. yeayy
Abang, sama macam sebelum ni cinta and sayang saya untuk abang xpernah kurang pun.
Makin sayang ada lah, tiap second jatuh cinta dgn suami sendiri.
Abang, terima kasih sebab rajin layan saya yang banyak karenah. Saya harap abang xkan bosan and penat layan saya sampai bila2 okie..
Terima kasih untuk kasih sayang abang utk saya. Terima kasih sangat. Moga ikatan cinta kita ni diberkatiNya sentiasa insyaaAllah. (Doakan kami ye korang)
Lastly, nahh belanja gambar dengan Syurga saya.
Isteri abang,
Thursday, July 27, 2023
HAPPY BIRTHDAY HUSBABY
Haluuu semuanya,
I’m back only for my husband, Ahmad Aizat.
Dear abang,
Happiest birthday to you. Thank you for your love and care. Saya nak abang tahu, saya sayang abang sangat2.
Doa saya;
Moga suami saya sentiasa diberkatiNya, diberi kesihatan yang berpanjangan,
diberi rezeki yang melimpah-limpah, berada di samping saya sentiasa,
cinta and sayang saya sentiasa.
Happy birthday. I love you so much ❤️
Your sayang,
Monday, September 19, 2022
Officially Mrs. Aizat ππ
Haluu gaisss :)
Kenalkan the most lovely husband in the world, my husbaby, Aizat π¨
Alhamdulillah, pada 6 Ogos 2022 haritu seketul Farahin sah menjadi seorang isteri kepada satu-satunya lelaki yang dia cinta, first and forever love diaππ Hai suami saya, thank you sebab pilih saya untuk masuk dalam hidup abang. Yup, sebulan lebih dah kita as husband and wife. And saya happy sangat ada dekat dengan abang dah sekarang. Takyah dah nak kena keluar dating tiap minggu, sebab tiap hari boleh dating kat rumah dah sekarang π
Sepanjang sebulan lebih ni, makin banyak eh perangai seketul Farahin ni. Kuat sakit, kuat nangis, mengada extra, asyik nak manja-manja je. Abang, harap bersabar ehhh dengan wife abang ni. Sejak kahwin ni tak tahu kenapa manja dia makin menjadi-jadi, kerja nak terasa, nak nangis je. π Padahal tahu benda tu tak perlu pun nak terasa bagai hahaha. Sebab sayang abang sangat mungkin, tu yang jadi macam ni tu. Sayang love you so much tau, abang! ππ And abang, please jangan pernah penat untuk sayang and cinta saya sampai bila-bila :')
Ok dah2 tutup citer luahan perasaan buat si suami terchintaaa...
Buat semua yang menjayakan segala majlis kami (terutamanya kedua-dua belah family kami and sahabat-sahabat kami) start dari ijab qabul sampai lah ke majlis sebelah suami saya, terima kasih sangat-sangat. Alhamdulillah semuanya lancar je, tanpa korang semua majlis mungkin tak selancar ni. Terima kasih! Doakan kami bahagia sentiasa bersama ok π
And lastly buat arwah papa and arwah abang,
Pa abe, achik dah ada suami. Achik bahagia, bahagia sangat (Achik harap papa abe happy sama tahu achik happy). Finally anak papa yang paling kental ni dah jadi bini orang. Haritu achik ada bawak dia ziarah papa, abe and mok. Time tu serious achik control macho je takmo nangis hahaha. Ye la kalau achik nangis nanti umi pun nangis. Seronok kan if papa and abe ada sama time achik kahwin tu. Tapi takpelah cukup sentiasa ada kat hati ni pun dah ok. Doa achik sentiasa buat papa and abe π And doakan achik and Aizat jugak tau dari sana. InsyaaAllah ada rezeki achik ajak menantu papa ni pergi ziarah papa and abe lagi nanti. Achik rindu papa and abe sangat-sangat π’
Wednesday, February 9, 2022
Farahin π Aizat : EDay
5th February 2022
To my family and family in law to be (lain macam bunyi kan HAHAHA), terima kasih untuk restu and kasih sayang kalian. Happy bila tengok family semua gigih siapkan majlis pertunangan kami. Nampak sangat la semua sayang saya π Heee thank you π Doakan semoga semua urusan seketul Farahin dan Aizat dipermudahkan, bahagia and saling sayang selamanya ok.
And to my bestfriends, my very good friends; thank you semuanya. Thank you sebab ada bersama dengan oghe since the day oghe menyampah gila dengan Aizat ni sampailah dah sayang macam ni π
π Kalau awak nak tahu sayang, mereka ni lah antara penyebab saya accept awak as boyfriend saya dulu πππ Kalau tak sampai kesudah saya tak tahu saya sayang awak tau. HAHAHA cepat terima kasih kat diorang!!
Sayanggg, thank you untuk moment ni.ππ Thanks sebab bawak family awak jumpa family saya. Thanks sebab sanggup jadikan budak comot ni sebagai tunang awak. Thanks sebab sanggup buat apa saja untuk kita. Thanks sebab buat saya rindu, and jatuh cinta dekat awak tiap masa. I love you so much, Encik Tunang!ππ Eiii, tengah happy ni tahu tak? Finally kan, tak sangka dah jadi tunangan orang sekarang. Dah lah bertunang dengan lelaki yang ntah siapa-siapa duk sibuk hari-hari dm wish "good morning", tanya "dah makan ke belum" dekat ig dulu. π Dulu je tak suka, sekarang awak dm saya macam ni tiap saat pun saya nakk.πDari menyampah (bukan benci ok menyampah je), jadi sayang. Sebab tu la orang dulu-dulu kata, jangan tak suka sangat nanti jatuh cinta. Buat saya jatuh cinta dengan awak always ok, sayang.
Sekian saja appreciate post daripada si comot tapi cumil yang tengah in love dengan encik tunangnya sendiri. ππ
Wednesday, January 5, 2022
saja nak borak
Haloo gaiss. Dah lama kan tak mengadu, story mory kat sini.
Yes, sekarang memang waktu kerja but still saya nak mengular, saya just need time untuk saya kurangkan sedih ni. I don't know why tapi saya rasa macam tak kenal diri sendirir. Kuat nangis, pendiam, tak ceria, tak mesra, balik kerja berkurung dalam bilik je. Farahin yang saya kenal is someone yang sangat la banyak mulut ceria, pemurah dengan senyuman je. Hmm tengah rindu diri sendiri ni macam mana.π’
Lately ni, saya macam banyak sangat fikir. Ntah apa yang difikir pun tak tahu. Lately ni jugak banyak perkara yang mengejutkan berlaku dalam diri saya, family saya. And lately ni jugak la saya macam senang gila nak terasa dengan semorangg. Even budak umur 7tahun pun saya boleh terasa. But saya rasa dengan budak kecik ni memang patut terasa pun. Marah pun boleh. Nak penyet-penyet pun boleh. Heee, biadab ngattt dokpun. And now, saya rasa rindu sangat-sangat dekat family saya, kawan-kawan saya and dekat awak also, sayang.
Kalau dulu tiap kali saya rasa nak nangis or stress or whatsoever je saya akan cari kawan-kawan saya. Saya story mory, peluk diorang then saya ok. Tak pun if saya rasa stress je saya akan balik rumah gelak-gelak dengan family, main dengan anak buah then saya ok. But sekarang, saya tengah rasa down gila, rasa nak nangis (eh tak, dah nangis dah pun), rasa serabut sangat but saya takleh nak jumpa family saya sebab jauh, yang dekat pulak tengah quarantine. Saya takleh jugak nak jumpa kawan-kawan saya untuk dapatkan semangat dari diorang sebab jauh also.π Yang saya dapat sekarang ni just buat luahan dekat diari digital saya ni. The one yang sangat setia dari zaman sekolah sampai lah sekarang dengar luahan hati saya.
Readers, saya nak mintak dari koranggg, please doakan saya sentiasa kuat, happy and sihat untuk diri saya sendiri, family saya and semua orang kat sekeliling saya. Saya jugak nak mintak korang doakan kesihatan family saya. Terima kasih. Doa saya buat kalian semua also.
Ok, I feel better lepas taip ni. Thank you! Selamat tahun baru and bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)